8/20/08

Mentari muncul lagi...

Mentari muncul lagi
Aku pula masih berdiri di sini
Meniti hari yang saban hari bermula,
Dan akhirnya berakhir dengan jelmaan malam
Berulang-ulang pagi menjelajah
Sehingga tak ku tahu apa yang perlu kulakukan

*************************************

Perlukah aku bercinta??
Dengan menghayati bait kata si dia
Puisi jiwang yang dicipta melayangkan jiwa raga

Atau ku perlu beribadah??
Dengan membaca Al-Quran
Di dalamnya tersergam ayat-ayat indah
Sambil membawaku menyusuri jalan ke syurga

Mengapa aku jadi begini
Aku tahu hanya sekejap lagi aku akan mati
Namun aku masih menambah dosa yang sedia banyak
Dapatkah aku sampai ke syurga?
Sedangkan diri ini terlalu kerdil dengan dosa...

Mengapa terciptanya hari esok??
Sedangkan apa yang dilalui adalah sama,
Terus-terusan menambah dosa

Tafsiranku selama ini salah
Hari esok tercipta untuk bertaubat
Meminta ampun dengan apa yang telah dilakukan

Akanku gengam kata putusku ini
Aku mahu bertaubat
Semoga hari masih ada untuk ku..
Semoga mentari akan muncul lagi..

No comments: