10/16/09

derita luar nikah

Saleha meletakkan penyapu yang dipegangnya.Entah kenapa semenjak dua tiga menjak kebelakangan ini,hidupnya tak berarah. Ingatannya selalu hadir pada anak yang ditinggalkan 20 tahun lepas.Rasa bersalah yang berbalam-balam bergelung teguh di rantai hatinya.Ikutkan hati,mahu sahaja saat itu dia mencari Iman kerna jauh di sudut hati,dia mendambakannya.


20 tahun lepas

Dalam kepekatan malam yang hitam,Latifah meredah hujan menuju ke rumah mak Leha.Tiada siapa lagi yang sudi menerima dirinya penjuru dunia.Lantaran hukuman yang telah dijatuhkan oleh ayahandanya,dia akur.Pintu rumah diketuk.Bayi kecil dipangkuannya merengek kesejukan.Seakan tidak selesa dibiarkan dalam kesejukan oleh si ibu.Pintu diketuk lagi untuk kali yang kedua.Masih tak bersahut.Kilat mula menampakakn amarahnya.Latifah perlu segera keluar dari kampung ini sebelum subuh..Tiada cara lain.Iman Nadrah diletakkan berhampiran tangga.Cuma dibaluti sekeping kain batik yang agak lusuh beserta sekeping nota supaya menjaga Iman..Bukan calang-calang nama diberikan pada anak itu.Iman Nadrah.Iman yang bersinar-sinar.Harapannya Cuma satu,moga janji Allah seperti yang termaktub dalam surah Al-Insan ayat ke-11:
“ maka tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu(hari pembalasan),dan memberikan mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati”.Moga anak kecil ini tidak akan menerima hukuman masyarakat sebagaimana yang dilaluinya.Memang salah mereka.Memang dosa mereka.Tapi itulah jalan hidup mereka.Ditentukan Allah tapi dipilih mereka sendiri..Dan andai mampu,mahu rasanya dia menjerit melaungkan kalimah bahawa sesunguhnya dia telah menyesal..Insaf..Tapi itu semua belum mencukupi jika mahu dibandingkan dengan kesalahn mereka yang amat keji disisi Allah.

Latifah meraup wajah yang semakin berkedup.Tanpa diundang, airmata berlinang.Ya Allah ,ampunilah dosaku yang lalu.Pak Rasyid merenung isterinya dari jauh.Keresahan yang terpancar pada wajah isterinya tak pernah padam sejak 20 tahun lalu.Dosa yang dilakukan akan terus mebayangi hidup mereka berdua melainkan terbitnya kalimah maaf dari insan bernama Iman Nadrah.Namun dia tahu,agak mustahil untuk Iman menerima siapa mereka.

Hari ini


“Bang,15 tahun dah berlalu.Hukuman kita dah berakhir.Tipah rasa rindu pada kampung bang.”.Kelihatan Pak Rasyid berdehem kecil.
“Abang bukan tak mahu balik,tapi abang malu .Malu Tipah pada penduduk kampung.”
“Tapi kita dah bertaubat bang”.
“Itu kata Tipah.Tapi pada manusia,sekali kita berdosa,selamanya kita dihukum berdosa.”
“Tipah rindu ada Iman”.Matanya redup memandangnya suaminya mengharapkan segalur simpati..Pak rasyid merenung isterinya.Buntu untuk memujuk.
Suasana makan malam di dapur agak dingin.”Tipah rindu pada Iman bang”..Itu yang bermain-main diminda Pak Rasyid..”Abang pun rindu pada Iman”,hati kecilnya berbisik..
.

Dua bulan lepas


Di rumah pak leman,Iman termenung panjang.Duduk bersendirian di bawah pohon yang sama 5 tahun lalu.Masih tercari-cari asal usul diri yang tak beribu dan berbapa .Ayah yang sepatutnya melindungi anaknya.Setiap kali melihat teman bersama ibu bapa mereka,airmatanya akan menitis.Tapi bukan di depan Pak leman dan Mak Leha.Setitis air mata yang menitis kerana kerinduan ibu bapanya,tak sama sama dengan keringat pak leman dan mak Leha yang berhempas pulas untuk membesarkannya.Sewaktu diumumkan sebagai pelajar terbaik sekolah,dia bangga melihat Pak Leman naik ke pentas.Tapi dewan senyap sesaat tatkala nama Iman Nadrah bt Abdullah bukan Sulaiman.Waktu itu,Pak Leman memandangnya sambil mengangguk sebagai tanda memberi semanagat.Kata Pak Leman,siapa pun Iman di akhirat,Allah tak menilai asal usul kita.Disana,ibu tak mengenal anaknya,dan anaknya tak tahu dimana ayahnya.Sedikit pun tidak diminta semua itu terjadi.Kita berkehendak,Tapi kehendak Allah mengatasi segalanya..Kehendak Allah yang mahu Iman lahir kedunia…Cuma wasilahnya yang sedikit berbeza..Itu rahsia Allah Iman…Ayah tak tahu Iman..Ayah Cuma diamanahkan untuk mendidik iman dengan tarbiah islamiah…Sedikit terhibur hati iman.Kalaulah semua bapa didunia ini seperti Pak Leman,alangkah bahagianya…



Nikahilah perempuan itu kerana 4 sebab,agama,keturunan,kecantikan dan hartanya.Pilihlah yang beragama,nescaya kamu akan bahagia.Terngiang-ngiang di halwa telinganya sabda junjungan.Iman terfikir indahnya cinta dalam islam.Allah hanya menyebut tiga cinta dalam Al-Quran,pertama cinta pada Allah dan RasulNya,cinta pada isteri dan anak-anak dan yang terakhir cinta pada harta benda pangkat dan kekayaan.Langsung tak disentuh cinta haram tanpa akad yang menghalalkan.Namun sampai saat ini Iman masih bingung mencari jawapan mengapa remaja masih memburu cinta sementara itu.Agaknya ada piala dijulang barangkali bagi mereka yang bercinta.Hati Iman tersenyum.Tiba-tiba hatinya sebak.Dia juga lahir dari secebis cinta haram yang melarat hingga lahirlah anak haram.Iman menggenggam jarinya.Puas dipujuk hatinya supaya bersabar.Tapi gagal.Hidup ini sentiasa menduga kekuatan kerana tanpa ujian mana mungkin kita menjadi juara tanpa saringan.Takkan rasa kasih saying tuhan tanpa ujian,hanya muhasabah teman keinsafan.



Menitis lagi airmata Iman.terlalu naïf untuk dia memahami kehendak takdir.Keturunan zina adalah keturunan hina.Tak siapa sudi memandang..Tapi anak zina tak berdosa..Tak pernah diminta pada tuhan untuk lahir tanpa ayah..Tapi kehendak ilahi yang menentukan.Ya Allah terimalah aku di akhirat.Baru sebentar tadi dia dirisik seseorang.Naufal.Menyebut nama itu hati Iman bergetar.Pemuda soleh idaman satu kampus.Naufal merisiknya melalui teman karibnya,Sakinah.Kata Naufal,saya memilih Iman hanya kerana agama,bukan sebab lain.Tapi Iman malu pada pada pemuda itu.Al-Quran 30 juzuk sudah ditahfiz pada lidahnya,akhlaknya mampu menawan sesiapa sahaja,mana mungkin gadis sehina Iman mampu menjadi sayap kiri pada Naufal.Naufal,kita umpama bumi dan langit.Kau terlalu mulia untuk diri ini.Maafkan diri ini Naufal.Lamaran bakal jurutera itu terpaksa ditolak.

SETAHUN LEPAS

Iman Nadrah memicit-micit kepala ibunya.Sejak akhir-akhirnya ini ,kesihatan ibunya bertambah teruk .Berat sungguh hatinya mahu meningalkan pak Leman dan mak Leha untuk kembali ke asrama di matrik PJ..Iman merenung dalam raut wajah ibunya…Walau sekadar memandang,disisi Allah itu pahala.Masih terngiang-ngiang kata-kata Mak Leha 2 hari lalu,”andai mak pergi,andai ayah tiada lagi..Iman tersentak.Cepat-cepat ditekup tangannya pada mulut Mak Leha.Sambil tersenyum-senyum,cepat-cepat Mak Leha meleraikan tekupan Iman.Mak leha mengosok-gosok lembut bahu anaknya.Cukup memahami apa yang tersirat di sebalik kegusaran anaknya.”Iman,Iman…Berapa kali nak mak ingatkan,setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.Mak Cuma nak pesan,sebesar manapun dosa mereka pada Iman,tanpa mereka,akan wujudkah Iman disini???
Iman menggeleng.Naluri anaknya membuak-buak untuk mengetahui siapakah wanita mulia yang sanggup memikul amanah melahirkannya.Ingin sekali dikucup erat wanita itu,Dia tahu dia telah menumpang didalam rahim wanita itu selama sembilan bulan tanpa sebarang bayaran.Malah setiap saat dalam rahim ibu itu satu kebahagian untuknya.Iman pernah merasa indahnya setiap detik dalam rahim seorang ibu…Tapi sayang,sesaat pun tak pernah dikecapi asyiknya berada dalam pangkuan ibunya…
Tapi Ya Allah,wasilah Kau menghantar aku ke dunia adalah ujian terhebat.Pada teman-teman ku khabarkan,mereka telah meninggal..Entah alasan apa lagi yang perlu kuberikan setiap kali diajukan persoalan mereka.Maafkan aku!!!Maafkan aku!!!Iman sedar,walau cuba dileraiakb ikatan antara anak dan ibu,takkan pernah putus..Hebatnya Allah menjadikan iaktan kasih sayng ini berpanjangan dan berkekalan.


Hari ini..

Iman melangkah pulang menuju kerumah….hampir 3 bulan dia tak pulang…Lambakan assignment dan tutor membuatkan Iman tak berkesempatan untuk pulang..Cuma sekali sekala di menelefon bertanyakan khabar …hatinya sedikit bimbang kerana Pak Leman kerap mengadu bahawa Mak Leha kerap benar jatuh sakit.Lantas atas dasar kasih saying yang luhur pada seorang ibu,dia menggagahkan dirinya untuk pulang menjenguk orang tuanya..”hai Iman,nak balik lagi k?”,sapa teman sebiliknya.”Aku tak sedap hatilah,mak aku tak berapa sihat..hmmm.,nanti kalau madam minta tutor,kau ambil dalm fail kuning tu ya..aku dah siapkan..aku takd apat pergi kelas hujung minggu ini..nanti aku buat consultation hour dengan madam”.pesan Iman sebelum pulang.




“Tipah,tipah,cepat berkemas”.Kenapa bang?Tubuh Pak Rasyid digoncang.Pak Rasyid sebak.Berita yang akan disampaikan pasti mengguris hati isterinya..Salah dia kerana melewat-lewatkan permintaan isterinya.
Latipah terduduk…airmatanya gugur mengalahkan musim tengkujuh..Pak rasyid menghampiri isterinya..cuba diangkat dan ditenangkan..”pah,bawa mengucap”….

Dirumah

Mak cik leha dan pak sulaiman seakan mayat hidup.Masing-masing seolah-olah masih tidak dapat menerima takdir.mana mungkin permata yang ditatang bagai minyak yang penuh pergi buat selamanya.Mak Leha ibarat orang bisu.langsung tidak mahu bercakap…mujurlah jiran mereka,Pak Razak sekeluarga yang menguruskan jenazah mereka..”man2,dahlah tu..jom solat jenazah”..
Bagaikan halalintar yang menyambar telinga mak cik tipah mendengar khabaran kehilangan Iman Nadrah..Iman terlibat dalam kemalangan bas express sewaktu dalam perjalanan pulang k rumahnya….

Sewaktu menjejak kaki kembali ke kampung yang ditinggalkan lebih 15 tahun lalu,Mak cik Tipah dan Pak Leman hamper tersesat.Terlalu banyak perubahan seiring perubahan diri mereka.Mak cik tipah tak dapat menahan sebak di kubur iman..airmata seolah-olah tidak mahu langsung berhenti.Pak Rasyid menadah tangan..sebagai lelaki,dia cuba berlagak tabah namun gagal…dosanya pada iman entahkan diampunkan atau tidak…Anak suci ini tiada dosaTiada dosa pada dia,pada isterinya pada leha dan leman,juga tiada dosa pada sesiapa.Cuma menanggung derita..Derita seorang anak luar nikah ,yang lahir dari setitik nafsu haram…

Semua hadirin telah pulang .Yang masih disitu Cuma mereka berempat.Mak cik Leha lah paling terasa.Iman dibesarkan oleh tanganya.Kini Iman pergi mendahuluinya.Dan Mak cik Tipah lah yang paling terseksa.Anak itu yang dikandungnya.Namun anak itu pergi tanpa sempat mengenalinya.
Dari jauh Naufal kelihatn baru tiba bersama teman sekuliahnya.Sakinah juga kelihatan bersama.Matanya merah dari semalam.Hatinya begitu sedih atas kehilangan teman yang paling rapat.Sahabat dunia dan akhirat.
Sudah terlambat.Baru semalam dia dimaklumkan Sakinah keputusan Iman.Dia redha.Mungkin ini sudah tertulis untuk dia dan Iman.Dia juga dimaklumkan Sakinah sebab musabab Iman menolaknya.Ya Allah terlalu mulia Iman.Andai beribu kali aku tegaskan aku tidak melihat pada keturunannya,dia tetap berdegil.Pelajar tahun terakhir Kulliyah Ahmad Ibrahim itu sangat merendah diri pada keturunannya.Ya Allah,Kau muliakan Iman disisi Mu dan tempatkan dia disamping serikandi-serikandi agamaMu…

Salam kerinduan…
Padamu insan mulia,
ibu…
terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia..sesungguhnya ibu,saat menumpang dalam laman rahimu adalah saat terindah kita bersama.Cukup merasa kasih saying di alam rahim,aku bersyukur ibu..Walau tak sempat kukucup tanganmu,kucium keningmu,kau tetap ratu bagi aku.

Padamu lelaki,
………………………………………………..
Wahai lelaki yang ku gelar bapa,aku kini telah dewasa….
Kembalilah pada Allah ..sesungguhnya Dia Maha pengampun..kalian tiada dosa pada Iman..tapi kalian berdosa pada Allah..Iman bukan anak solehah…..
kadang-kadang Iman menangis merindui kalian…hati Iman mahu bertemu dengan kalian..
Tapi iman merancang ,Allah yang menentukan..
Ya Allah Kau berilah kekuatan iman pada kedua ibu bapaku..
Kau ampunakan segala kelemahan dan kekurangan mereka..

Mak dan ayah,
Kalian yang membesar iman dari bayi menjadi seorang muslimah
….kalian yang menyediakan makan pakai iman,memberi didikan duniawi dan ukhrawi sehingga Iman menjadi Iman yang sekarang..
terima kasih tak terhingga…

Andai Iman pergi dulu,Iman tunggu kalian di pintu syurga..
Barakatillah wa antum min ahliha..

Tamat..

Little things to say




13 oct 09

last day of exam... can't wait for it to finish, only 2 papers left... after this.. MERDEKA!!!
Well the first paper went well, alhamdulillah. 2nd paper, somebody got/'t'kena sawan' That guy was right next to me!!
-Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini m'hdpi dugaan ini-
He was bleeding, I could'nt saw him, his back was on me. The invigilators weren't much of a help, but it wasn't their fault, it was their first experience with someone who has 'sawan'
Well, pray to Allah may he heals quickly and sawan will go away, InsyaAllah

14 oct 09

well.... no more exam, nothing to do..... bored...Bored....BORED..
I slept almost half of school, nothing fun could be broughtto school, it was all 'illegal' stuff. (as they say)... welll.... thank goodness tomorrow we're all going home, just have to get through this day... and plan ahead.. shall we??

15 oct 09

no idea what's wrong today... it's as if almost everyone is stressed out. Shouldn't it be the other way around?? SShould'n we be enjoying this freedom after the exam (not so much though)
This is all because of that @#$&?!*..... (husnuzhan shall we? ^^) I hate seeing my friends cry.. Just because of that case, and the low cooperation from one part, almost everyone is crying..
I Hate this... I am so going to find out who is responsible for this, but I can't do it alone, we must stand together (me frenz and I) When I get that person red-handed, he is so going to pay (who am I to judge others?). Wrong of me, my friends name is ggoing to be clean, Insya Allah...
Wish me luck!! ^^

10/15/09

BENGANG!!!

BENGANG!! BENGANG!!!!!!!!
BENGANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Bencitul, byk gile brg hilang, dahla kat asrama hilang, kat umah pun same gak
careless ssgt ke aku ni?????
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Benci brg hilang
Benci pencuri
Benci pencuri yg selfish
BEnci pencuri yg x pikir org len, nak duit je
Benci pencuri yg gi sek agama, tp x sedar
Benci pencuri yg wat malu mak bapak je
Benci diri yg asyik nak salahkan org lain je
Benci diri yg x sedar n x amik pengajaran dr mistakes lalu
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Klu mmg ada org curi, seriously x halalkan brg yg die amik until die mintak maaf personally

....................................................
Insaf.Insaf.Insaf.
Ya Allah, tenangkan hati hamba-Mu ini...
Tabahkan hati hamba-Mu ini menghadapi segala dugaan yg menimpa...
InsyaAllah akan ku ambil iktibar drpd kesilapan lalu


~The road in front is still stretches many miles.
hoping to get to my destination..AlJannah~

10/2/09

Prac

Does it hate you that when there is a ceremony going on, people are forgiving each other.
You want to feel that feeling people feel, but how can you when everytime you want to ask someone to forgive you, they say you have never done anything wrong. how is that even possible
Can people live not doing mistakes? Or is it that we don't share our everyday together it feels like we are so kind.... Is it wrong to hate that feeling. It's as though we're living invicibly and only is present when someone needs us. oO..How can memories be built that way?? How I wish I can make memories with my friends, but then I realized, it's as though we don't have much.....
............................................................................................................................................................
{the emptiness of my heart}
is it just me, but I feel like such a terrible friend
no matter what all the nice things they say, it felt empty and meaningless,
as though they say it just to please me, but meant none of it
or is it just me.

I so want to feel close to my friends
I guess I'm really weak when remembering all the memories we had together
I'm not friendly and open enough for people to share their lives with me
But I'm not perfect, I just don't want to admit it
Maybe it went as an egoist by others' eyes......
I do want to............ with all my heart
Love my friends soooooo much............................................................
Just never showed it.............................
I guess it is me, repressing my feeling
it is me.............. trying to be a better person..
InsyaAllah
._____________________________________________________________.