12/5/10

Mungkinkah...(?)


Bismillah.
Assalamualaikum.

Hunger games... sudah
Mocking jay....... sudah
Catching fire....... -

"perjalanan" untuk mencari catching fire bermula.... tika membeli dua lagi buah buku, anehnya kedua-dua tersebut berlambak dan senang dicari, yang ketiga..? nowhere to be seen.....

Isnin,
Sunway Pyramid
Jalan-jalan, melihat 'alam', singgah sebentar di Popular, cuba untuk menenggelamkan diri dalam khazanah yang ada...
Lantas, minda teringat akan buku yang satu itu. Tanpa membazir sedetik lagi,, langkah terus diatur melihat dari satu rak buku ke satu rak buku, membongkokkan badan melihat judul-judul buku yang ada...
satu, dua, tiga, hampir semua rak di bahagian Teen Reader dilihat secara teliti, namun tidak membuahkan hasil...

Berputus asa tidak pernah wujud dalam kamus diri ini, (yele tu)
lalu kaki cepat melangkah keluar dari Popular dan terus mencari MPH yang kutahu ada di Sunway (stop jap t'liur tgk booth Cupcake chic... *meleleh*)
Akhirnya, MPH!! Badan ini bersedia menanggung risiko yang bakal dihadapi kerna buku itu. Tiada rayuan, Tiada kompromi, Buku itu perlu dicari. (bahana pengaruh pipah, mirae leni..-__-) Jadi, seperti di Popular, Teen Reader terus dituju dan satu-persatu judul buku dilihat...
1minit...
5minit...
10minit..
30minit...
!!!!! Akhirnya!!!!!
CATCHING FIRE.. mata terasa seperti bermain-main,, lantas ditenyeh-tenyeh mata ini untuk memastikan diri ini masih di alam realiti... Dua tiga kali ditenyeh, buku itu masih ada!! Dua copy terakhir!! SYUKUR ALHAMDULILLAH... akhirnya pencarian ini dapat ditamatkan... Badan dah letih, kaki dah sengal-sengal, tangan terus mencapai buku tanpa melihat dan terus menuju kaunter.. Habis sudah.... Balik, rehat, catching fire!! ^^



Di rumah
.........................................................
aku.tersilap.beli. huhuhu... terus mengadu kepada mak,, 'syarahan' percuma diberi bertajuk "Kecuaian".... naseb badan.... Tiba-tiba, adik muncul memberi idea bernas, tukar buku!!
MPH tidak membenarkan "returns" tapi membolehkan "exchange"..... kenapa tak terfikir???
*minda buntu tika perasaan meruntun...*
tapi diri perlu banyakk bersabar,, perlu menunggu hujung minggu untuk menukarnya kerna tiada transport kali ini,

pejam celik pejam celik. SABTU.

bangun, solat, mandi, makan, keluar, Bangsar dulu, (parents selesaikan hal) then Sunway Pyramid....
jalan-jalan, sesat, MPH.. tak ingin untuk membuang masa, takut Catching Fire sudah bertuan,,
Teen Reader, Catching Fire... tak jumpa..... perhati balik judul-judul buku dengan lebih teliti....
masih tak ada..... kepala mula berpinar.... tak apa, lihat rak-rak lain.... juga tidak dapat dikesan.
...............................
hampir sahaja hati nak meraung berputus asa..

kakak-comel-pekerja MPH datang sambil tersenyum girang.
"adik, x jumpa buku ke? biar akak tolong.."

Tanpa sedar, mulut terpacul keluar "Catching Fire". kakak comel terus pergi ke komputer dan menaip masuk tajuk buku itu. (Wei, skang dah MAJU la wei, jgnla ketinggalan zmn sgt.. ) Mata turut meng'usha' dan di skrin komputer terpapar lagi satu copy tinggal! (SYUKUR ALHAMDULILLAH sgt2)..

Kakak comel yg x penah lekang dgn senyuman itu pun hilang sebentar dan muncul kembali dgn... CATCHING FIRE di tangannya!!! Aku tersenyum selebar mungkin dan mengucapkan terima kasih kepadanya *t'sipu2 plak tu,, eiiiii*
kakak tu cakap buku tu murah sikit daripada buku yang nak di'exchange' tu, jadi ambillah apa-apa untuk naikkan biar sama harga.. kalau tak, duit tak dapat balik, kita yang rugi,,,,
apa lagi??? RM 13 baki, tangan rembat stationary mana yang menawan hati ini.... dan terus diletakkan di kaunter..
Kakak tadi membuat perkiraan dan... terlebih 10 sen....
Tika itu, aku hanya membawa RM50 sahaja, tak lebih dan tak kurang.
tersengih, aku memberinya dan matanya membesar seketika... dan sepi seketika.....
Aku mula menjadi cacing kepanasan.

"10 sen jeke? Takpela, I boleh tolong bayarkan" Suara ramah kedengaran dari kaunter sebelah....

Terpana. Tergamam. Aku toleh ke sebelah dan melihat seorang 'makcik' mengeluarkan 10 sen daripada dompetnya.. Terlihatku,, dia tersenyum mesra...
Aku, *masih t'sipu2 malu, ish3* tersengih... terima kasih diucapkan.... dan dia membalas dengan senyuman.... Terbang ke awang-awangan sebentar...

"Kring!!" Panggilan dari ayah, membuatkan aku bergegas keluar kerna perlu menghantar adikku ke kelas tambahan...
Senyuman takleh hilang dari wajahku.. :D

n the story ends~~

Maybe, just MAYBE, there's still hope for us...
Kadar jenayah di Malaysia? meningkat gler sampai muak tengok surat khabar...
baby kena buang rata2, ada je orang kena bunuh,, ragut, rogol, etc2..
Impian Malaysia ? Wawasan 2020

??? bukan ke dua perkara kat atas tu bertingkah @ contradicts...? what with all the chaos going around.. (tp Alhamdulillah klu nak dibandingkan dgn negara lain)... but Maybe,, ada lagi sinar harapan buat kita....

~BUDI BAHASA BUDAYA KITA~

Even though life gives you lemon, make lemonade.
Kalau orang lontarkan batu pada kita, berikan epal pada mereka...

LET HOPE LIVE

Wasalam..~

1 comment:

Mirae said...

Tahniah Mardhiah! *clapclap*